1,500 Jemaah Haji Bakal Dapat Vaksin Pneumokokal Percuma

6 May 2023

Published By

Siti Nur Zawani
Harapan Daily

SHAH ALAM, May 6 – Seramai 1,500 Jemaah Haji Negeri Selangor bakal mendapat vaksin Pneumokokal percuma yang diberikan khas daripada kerajaan Negeri Selangor menerusi Program Vaksin Selangor (SELVAX).

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan Awam, Perpaduan dan Pembangunan Wanita serta Keluarga, Dr Siti Mariah Mahmud berkata, pemberian vaksin Pneumokokal itu bertujuan untuk melindungi dan mencegah jemaah haji daripada mendapat jangkitan paru-paru ketika menunaikan ibadah haji.

“Sebanyak 1,500 dos vaksin akan diberikan kepada Jemaah Haji Negeri Selangor yang bakal hadir ke Kursus Haji Perdana pada 7 Mei 2023 di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Berikut merupakan maklumat penting bagi Jemaah Haji Negeri Selangor yang ingin mendapatkan vaksin Pneumokokal secara percuma:

1) Pra-pendaftaran telah dibuka bermula hari ini di aplikasi Selangkah. Tutorial pra-pendaftaran boleh ditonton menerusi pautan berikut: https://vt.tiktok.com/ZS8KXbUev/

2) Bagi Jemaah yang mengalami kesukaran mendaftar secara atas talian, kaunter pendaftaran turut akan disediakan di tapak program.

3) Jemaah Haji yang tinggal di luar Shah Alam amat digalakkan untuk mendapatkan vaksin pada hari yang dinyatakan.

4) Jemaah yang tinggal di Shah Alam atau kawasan berdekatan boleh mendapatkan vaksin Pneumokokal tersebut secara percuma di Klinik Selcare Unisel, Shah Alam bermula 8 Mei sehingga 15 Jun 2023, 9 pagi hingga 5 petang.

Sebarang maklumat lanjut boleh hubungi talian hotline Selcare 1-800-22-6600.

Download the
Selangkah App