Saringan Kesihatan Bersubsidi Anjuran Kerajaan Negeri Selangor

Daftar melalui Aplikasi Selangkah atau Laman Web Rasmi Selangor Saring

Jadual Acara Program Selangor Saring 2025

♦️ 2 FEB 2025 (Ahad)
DUN Kota Anggerik — Surau Al-Ansar Seksyen 2, Shah Alam
➖ 9 pagi – 3 petang
➖ Saringan Asas, Saringan Kanser, Saring Plus

♦️ 14 FEB 2025 (Jumaat)
Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS) — Bangunan Mahkamah Syariah Sultan Idris Shah
➖ 9 pagi – 3 petang
➖ Saringan Asas, Saringan Kanser, Saring Plus

♦️ 22 FEB 2025 (Sabtu)
DUN Kuala Kubu Baharu — Dewan Orang Ramai Kampung Chuang Rasa
➖ 9 pagi – 3 petang
➖ Saringan Asas, Saringan Kanser, Saring Plus

♦️ 23 FEB 2025 (Ahad)
DUN Meru — Dewan Meru, Kapar
➖ 9 pagi – 3 petang
➖ Saringan Asas, Saringan Kanser, Saring Plus

♦️ 26 APR 2025 (Sabtu)
DUN Jeram — Dewan MPKS Sinar Alam, Puncak Alam
➖ 9 pagi – 3 petang
➖ Saringan Asas, Saringan Kanser, Saring Plus

♦️ 27 APR 2025 (Ahad)
DUN Pandamaran — Dewan Kompleks Sukan Pandamaran
➖ 9 pagi – 3 petang
➖ Saringan Asas, Saringan Kanser, Saring Plus

 

Tarikh kemaskini: 6 Feb 2025

NOTA: Jadual program akan dikemaskini dari masa ke masa. Sila sentiasa semak ruangan ini untuk dapatkan info terkini.


MAKLUMAT PROGRAM SELANGOR SARING 2025

1. Objektif Program

SELANGOR SARING ialah sebuah program saringan kesihatan anjuran Kerajaan Negeri Selangor yang dilaksanakan bagi membolehkan pengesanan awal penyakit tidak berjangkit, kanser serta penyakit mata, telinga dan gigi terpilih dalam kalangan warga Selangor.

2. Kumpulan Sasaran

Program ini terbuka kepada semua penduduk di Negeri Selangor yang terdiri daripada semua lapisan umur, mempunyai faktor-faktor risiko penyakit sasaran (seperti sejarah keluarga, obesiti, gaya hidup dan lain-lain) serta yang masih belum mendapatkan sebarang diagnosis daripada mana-mana fasiliti kesihatan. 

3. Saringan Yang Ditawarkan

A) Saringan Asas
♦️ Ujian Fizikal
♦️ Ujian Darah
♦️ Ujian Air Kencing

B) Saringan Kanser
♦️ Swab Serviks
♦️ Ujian iFOBT
♦️ Mammogram
♦️ Ujian Prostat

C) Saring Plus
♦️ Pemeriksaan Mata
♦️ Pemeriksaan Telinga
♦️ Pemeriksaan Gigi
♦️ Fisioterapi

4. Penyakit Yang Disaring

Kategori A: Penyakit tidak berjangkit
1. Jantung
2. Darah tinggi
3. Kencing manis
4. Buah pinggang

Kategori B: Kanser
1. Kolorektal
2. Prostat
3. Serviks
4. Payudara

Kategori C: Mata
1. Rabun
2. Glaucoma
3. Retina

Kategori D: Saringan Tambahan
1. Gigi
2. Telinga
3. Fisioterapi

5. Soalan Lazim

Q: Bagaimanakah cara untuk memohon program SELANGOR SARING?
Permohonan hendaklah dibuat melalui aplikasi SELANGKAH atau laman web rasmi Selangor Saring.

Q: Mengapa program SELANGOR SARING diwujudkan?
A: Program SELANGOR SARING diwujudkan bagi menyediakan kaedah dan saluran saringan tahap kesihatan yang sistematik bagi warga Selangor.

Q: Bagaimana pemohon yang sudah memohon hendak mengetahui status permohonan SELANGOR SARING?
Setiap pemohon yang mendaftar akan menerima baucar saringan mengikut kelayakan berdasarkan soalan semasa pendaftaran.

Q: Program SELANGOR SARING percuma atau berbayar?
Program SELANGOR SARING adalah percuma mengikut syarat kelayakan yang telah ditetapkan.

Q: Bagaimanakah saya ingin mendapatkan kupon SELANGOR SARING?
Setiap orang hendaklah mendaftar di dalam aplikasi SELANGKAH di bahagian SELANGOR SARING. Kupon akan  diberikan di dalam aplikasi SELANGKAH.

Q: Berapakah kupon SELANGOR SARING yang akan diberikan bagi setiap kawasan?
Jumlah kupon SELANGOR SARING yang diberikan bergantung kepada kawasan yang dipilih bermula dari 500 kupon sehingga 1,000 kupon setiap kawasan.

Q: Mengapa saya perlu menjawab soalan penilaian risiko semasa mendaftar untuk mendapatkan kupon SELANGOR SARING?
Untuk menentukan pemohon layak mendapat jenis saringan pada program SELANGOR SARING. Setiap pemohon akan mendapat kupon saringan yang tersendiri mengikut penilaian risiko yang dijawab.

Q: Bagaimana peserta ingin mendapatkan keputusan ujian saringan SELANGOR SARING?
Peserta oleh mendapatkan keputusan ujian saringan SELANGOR SARING di dalam aplikasi SELANGKAH di bahagian SELANGOR SARING.

Q: Bilakah keputusan ujian saringan SELANGOR SARING peserta akan tersedia?
Keputusan ujian saringan SELANGOR SARING peserta akan tersedia selepas 5 hingga 7 hari selepas tamat program SELANGOR SARING.

Q: Dokumen apakah yang perlu peserta bawa semasa hari program SELANGOR SARING?
Peserta perlu membawa kad pengenalan bagi tujuan pengesahan dan juga rekod kupon SELANGOR SARING di dalam aplikasi SELANGKAH.

Q: Adakah program SELANGOR SARING hanya melibatkan warganegara sahaja?
Program SELANGOR SARING hanya melibatkan warganegara sahaja.

Q: Bolehkah peserta pergi ke lokasi program SELANGOR SARING yang berbeza daripada yang didaftarkan?
Peserta hanya dibenarkan pergi ke lokasi program SELANGOR SARING yang didaftarkan sahaja. Mereka tidak sama sekali dibenarkan pergi ke tempat yang berlainan dari yang didaftarkan. Jika mereka ingin menukar ke tarikh atau lokasi yang lain, mereka boleh tekan pautan “Tukar Sesi/Tarikh Program” di halaman yang sama.

Q: Mengapa saya tidak boleh pilih lokasi program yang berdekatan dengan kediaman saya?
DUN pilihan anda tidak menyediakan saringan yang anda layak jalani. Sistem kami hanya akan menyenaraikan lokasi DUN yang menyediakan saringan tersebut.

Q: Siapakah yang layak untuk menyertai program SELANGOR SARING?
Program ini terbuka kepada semua penduduk di Negeri Selangor yang terdiri daripada semua lapisan umur, mempunyai faktor-faktor risiko penyakit sasaran (seperti sejarah keluarga, obesiti, gaya hidup dan lain-lain) serta yang masih belum mendapatkan sebarang diagnosis daripada mana-mana fasiliti kesihatan.

Q: Adakah saya akan menjalani kesemua ujian saringan bagi penyakit yang dinyatakan?
Kelayakan individu menjalani ujian saringan bagi penyakit dinyatakan adalah ditentukan berdasarkan penilaian faktor risiko melalui borang saringan awal yang telah diisi oleh pengguna. Sekiranya anda dinilai mempunyai faktor risiko bagi penyakit dinyatakan, anda akan menerima tawaran ujian saringan bagi penyakit tersebut.

Q: Adakah peserta yang telah menjalani ujian saringan pada tahun 2022 layak untuk menjalani saringan yang sama pada tahun 2023?
Bagi peserta tahun 2022 yang ingin menyertai program 2023, ujian saringan yang mereka boleh ulangi ialah ujian darah, ujian air kencing dan pemeriksaan fizikal. Sementara itu, sesetengah peserta tahun 2022 yang layak sahaja yang boleh menjalani saringan kanser di program Selangor Saring 2023.


Ada sebarang pertanyaan?

Sebarang pertanyaan berhubung pendaftaran program boleh diajukan ke:

♦️ Talian Hotline Selcare: 1-800-22-6600
♦️ Talian Khidmat Teknikal Pelanggan Selangkah: Telegram

#SaringAwalCegahAwal