Selvax 2023 Tawar Vaksin Covid-19, Pneumococcal Untuk Warga Emas

27 April 2023

Published By

Norrasyidah Arshad
Selangor Kini

Petugas kesihatan memberi suntikan vaksin Covid-19 kepada peserta program Vaksin Selangor (Selvax) Komuniti DUN Kajang di Dewan Sri Cempaka Saujana Impian, Kajang pada 26 Julai 2021. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI

SHAH ALAM, Apr 27 – Program Vaksin Selangor (Selvax) 2023 bakal dilancar kelak dengan menawarkan 200,000 dos vaksin Covid-19 dan 10,000 dos vaksin Pneumococcal secara percuma kepada warga emas.

EXCO Kesihatan Dr Siti Mariah Mahmud berkata program dengan peruntukan berjumlah RM1.5 juta
dijalankan bersama rangkaian Klinik Selcare Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) Malaysia.

“Vaksinasi merupakan langkah pencegahan dan perlindungan diri paling selamat selain terbukti berkesan secara saintifik. Semoga lebih ramai rakyat Selangor akan terselamat dan mempunyai imun diri yang kuat,” katanya di Facebook hari ini.

Beliau berkata pentadbiran Selangor sentiasa mengutamakan aspek imunisasi dan menjadikan ia sebagai benteng perlindungan dan keselamatan rakyat.

“Sejak 2021 Kerajaan Negeri memperuntuk lebih RM1 juta bagi menyediakan ratusan ribu dos vaksin untuk diberi kepada rakyat secara percuma melalui program khas Selvax,” katanya.

Pada Jun 2021, Kerajaan Selangor melancarkan Selvax Komuniti dan Selvax Industri bagi melengkapkan dan mempercepat proses suntikan pelalian rakyat negeri ini dengan menyasarkan golongan berpendapatan rendah, warga emas dan pekerja industri.

Melibatkan kos mencecah RM200 juta, program berkenaan diiktiraf kerajaan persekutuan dan terangkum dalam kerangka Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK).

Download the
Selangkah App